SEPTEMBER 2023

Pembangunan Berpadu di Kawasan Rajang Delta Membuka Peluang Ekonomi di Sarawak


DARO, 3 Sep - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg, menyatakan  bahawa Sarawak sedang melaksanakan pendekatan pembangunan menyeluruh di kawasan Rajang Delta melalui Rajang Delta Development Agency (RADA). 

Beliau menjelaskan bahawa pembangunan yang berlaku adalah pembangunan berpadu di antara daerah-daerah di bawah bahagian Mukah dan juga bahagian Sarikei.

Salah satu tekanan utama pembangunan ini adalah dari sudut infrastruktur, termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan. Saat ini, beberapa projek utama dalam pelaksanaan adalah pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Lassa. Lebih-lebih lagi, terdapat penekanan yang kuat pada pembangunan rangkaian jalan yang akan menghubungi pelbagai daerah dan kawasan di kawasan RADA.

Dalam pada itu, Premier juga turut meluluskan projek jalan baharu sepanjang 1.48 kilometer akan dibina bagi mewujudkan ‘circular road’ di sekitar pekan Daro dengan anggaran kos sebanyak RM17 juta.

“Beliau (Safiee) meminta untuk membina jalan bulat di sekitar bandar ini dan menyambung semula ke jalan utama. Saya bersetuju dengan cadangan jalan ini,” kata beliau pada Majlis Penangguhan Pesta Daro 2023 dan Majlis Penyerahan Tapak Projek-Projek Rakyat di Daro hari ini.

Beliau berkata pembangunan pesat di Daro telah menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas, lebih-lebih lagi pekan tersebut hanya mempunyai satu jalan utama dengan dua lorong.

Abang Johari juga berkata, jalan sepanjang 6.8 kilometer dari Jambatan Muara Lassa ke bandar Daro akan dilebarkan daripada dua lorong kepada jalan raya berkembar (dual carriage way)., dan pembinaan jalan ini dijangka mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk siap.

“Ini kerana saya berpendapat dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, jumlah kenderaan yang memasuki Daro akan meningkat berikutan kemudahan jalan raya dan sambungan yang lebih baik ke Sibu dan bandar-bandar besar yang lain,” kata beliau.

Beliau juga yakin bahawa menjelang tahun 2030, Daro akan menjadi sebahagian daripada pembangunan keseluruhan RADA juga membuka peluang baru dalam industri pertanian dan makanan, yang dapat menjadi sumber eksport penting bagi negeri Sarawak. -Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku